Al-Khawarizmi 

AL-KHAWARIZMI

780M - 850M

 

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah MohammadIbnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliaudilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Beliau telah berjasadalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifahal-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telahdinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangandan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahlifalak yang agung.

 

Diantara hasil kerjabeliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semulailmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagaipandangan Ptolemy.

Beliau juga telahmenghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokaipada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadudan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukanbintang, sukatan masa dan jam matahari.

Selain bidang falak,Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yangagung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaanangka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen,ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

Diantara karanganAl-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak),Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard(falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik)dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).