Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan sebuah kompleks yang dibina oleh kerajaan negeri Melaka dan ditadbir urus oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Ia dibina secara berfasa, iaitu fasa pertama; pembinaan sebuah Balai Cerap pada tahun 2002, fasa kedua; pembinaan sebuah mini planetarium pada tahun 2005 dan fasa ketiga; pembinaan pusat latihan pada tahun 2008.